Cerita gembira Lee Zii Jia dinobat juara Seluruh England belum tamat.<br />Pemain muda itu terus membuka rahsia mengenai keadaan dirinya menuju ke Seluruh England.<br />Tiada siapa tahu kesusahan dialami pemain berusia 22 tahun itu selepas langkah kiri memasuki kalendar 2021.<br />Prestasi tidak menentu serta peletakan jawatan Hendrawan, sebelum ianya ditolak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melengkapkan episod duka di Thailand.<br />Zii Jia imbas semula bagaimana beliau bangkit daripada kedukaan itu dan catat kejayaan kemudiannya.
